Kembali ke Laman Utama Persijilan TVET

Tahap Persijilan Kemahiran

Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) menawarkan 5 tahap kemahiran — daripada asas hingga kepakaran pengurusan.

1 SKM 1
Setara: Asas vokasional Tempoh: Anggaran 6 bulan Belajar asas

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1

Kemahiran asas

Belajar penggunaan alat, prosedur asas, keselamatan kerja dan asas bidang kemahiran.

Sesuai untuk Pelajar baru, lepasan sekolah, individu tanpa pengalaman asas.
Kerjaya Pembantu, trainee asas, pekerja sokongan.
2 SKM 2
Setara: Semi-skilled Tempoh: Anggaran 6 bulan Boleh buat kerja rutin

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

Kemahiran operasi

Boleh melakukan kerja rutin mengikut SOP dengan pengawasan minimum.

Sesuai untuk Individu yang telah menguasai asas kemahiran.
Kerjaya Operator mahir, pembantu teknikal, junior artisan.
3 SKM 3
Setara: Skilled worker Tempoh: Anggaran 1 tahun Mahir dan kompeten

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

Kemahiran kompeten dan penyeliaan asas

Boleh melaksanakan kerja kompleks, membuat troubleshooting asas dan membantu melatih junior.

Sesuai untuk Individu yang mahu menjadi pekerja mahir dalam industri.
Kerjaya Technician, senior operator, pekerja mahir.
4 DKM
Setara: Diploma Tempoh: Anggaran 1 tahun dan latihan industri Boleh jadi penyelia

Diploma Kemahiran Malaysia

Penyeliaan teknikal dan pengurusan

Fokus kepada perancangan kerja, penyeliaan, dokumentasi, kawalan kualiti dan pengurusan projek.

Sesuai untuk Pekerja mahir yang mahu naik ke tahap penyeliaan.
Kerjaya Penyelia teknikal, eksekutif teknikal, instructor, supervisor industri.
5 DLKM
Setara: Advanced Diploma Tempoh: Anggaran 1.5 tahun Boleh jadi pakar atau pengurus

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

Kepakaran tinggi dan pengurusan

Fokus kepada pengurusan operasi, rekabentuk sistem kerja, analisis, strategi dan konsultansi.

Sesuai untuk Individu yang mahu menjadi pakar industri atau pengurus teknikal.
Kerjaya Manager teknikal, pakar industri, master trainer, consultant.
Daftar Sekarang Kembali ke Laman Utama